SAINS ISLAM DAN SAINS BARAT
Oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin
Islam tidak pernah mengetepikan sains. Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah, “Systematized knowledge in any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable sense experience.” Ia bermaksud, “Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif.”
Secara umumnya, sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang dihasilkan melalui cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca indera) serta fahaman yang lahir daripadanya. Ia juga boleh diertikan sebagai huraian secara sistematik tentang fenomena tabii atau alam semula jadi. Huraian secara sistematik melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur (quantitative). Jika diamati definisi-definisi ini, ia memang telah ditekankan oleh Islam berdasarkan dalil-dalil dan nas yang telah disebutkan sebelum ini.
Ilmu sains melahirkan teknologi. Teknologi (mengikut Merriam-Webster Dictionary, The American Heritage Dictionary of the English Language: Fourth Edition dan WordNet Dictionary), boleh didefinisikan sebagai, “Pengaplikasian atau penggunaan ilmu terutamanya ilmu sains secara praktikal dan digunakan terutamanya dalam bidang perdagangan dan industri untuk kemanfaatan manusia.” Justeru, ilmu sains merupakan alat penting untuk membina teknologi namun ilmu sains bukanlah teknologi. Sebagai contoh, sains membicarakan tentang teori atom dan daripada itu lahirlah teknologi yang menghasilkan kuasa atom.
Keterbatasan Sains
Islam memberi kebebasan kepada para saintis untuk mengkaji, namun ia menyedari keterbatasan intelek yang dimiliki manusia. Justeru, sains Islam menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan yang tertinggi. Dalam erti kata yang lain, dalam Islam, wahyu mengatasi akal kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas sedangkan akal terbatas. Sains tidak boleh mengatasi wahyu. Apa-apa konklusi yang bercanggah dengan dasar-dasar wahyu dianggap sebagai konklusi sains yang salah dan apa-apa yang selari dengannya bolehlah diterima. Dalam hal ini Allah berfirman dalam surah al-Jathiyah ayat 20, “Al-Quran ini adalah pedoman bagi manusia, petunjuk dan rahmat bagi kaum yang meyakini.”
Justeru, sains dalam Islam ialah sains yang berkonsepkan tauhid. Sains dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasulnya. Sains dalam Islam tunduk kepada al-Quran.
Di barat konsep yang merujukkan sains kepada Tuhan, wahyu dan kuasa ghaib dikenali sebagai creationism. Kadang kala ia dikenali juga sebagai intelligent design. Konsep-konsep ini ditolak oleh ramai saintis di barat. Sebagai contoh, para saintis daripada Akademi Sains Kebangsaan di Amerika (The U.S. National Academy of Sciences) menegaskan bahawa “sebarang kenyataan yang menetapkan bahawa asal usul kehidupan ini ada perkaitan dengan kuasa ghaib (supernatural intervention) tidak boleh diiktiraf sebagai sains.” Hal ini dinyatakan dalam Science and Creationism: A View from the National Academy of Sciences, Second Edition, terbitan National Academy of Sciences tahun 1999.
Dalam kes Kitzmiller lawan Dover Area School District pada tahun 2005 (Case No. 04cv2688. December 20, 2005), sebuah mahkamah persekutuan di Amerika memutuskan mana-mana sekolah yang mengajar sains dan mengaitkan kejadian kehidupan dengan kuasa ghaib dan mengetepikan teori evolusi, ia dianggap telah melanggar perlembagaan Amerika.
Matlamat dan Metodologi Sains
Dalam Islam, sains mempunyai matlamatnya. Matlamat jangka pendek ialah mengenali hakikat kejadian alam serta manusia dan memanfaatkan ilmu itu untuk kebaikan semua. Sebagai contoh, melalui sains kita mengetahui bahawa seks kromosom lelaki menentukan kejantinaan seseorang bayi, kejadian bayi bermula dengan persenyawaan antara sperma lelaki dan ovum wanita, kejadian bumi berlaku selepas kejadian bintang-bintang di langit dan yang seumpamanya. Namun akhirnya yang menjadi keutamaan ialah matlamat jangka panjang iaitu mengagungkan dan membesarkan Allah. Hal ini terserlah dalam surah al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud, “Kemudian Kami menjadikan benih nuthfah itu alaqah. Kemudian daripada alaqah Kami jadikan mudghah. Kemudian daripada mudghah Kami jadikan tulang dan Kami tutup tulang itu dengan daging. Kemudian Kami jadikannya makhluk berbentuk lain. Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta.” Perhatikanlah ayat ini dengan baik. Selepas Allah menceritakan fasa-fasa kejadian bayi (dan hal ini dapat disahkan oleh sains), Allah mengakhiri ayat itu dengan ungkapan, “Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta.” Inilah matlamat asasi sains, iaitu untuk mengagungkan Allah.
Untuk mencapai matlamat ini metodologi yang digunakan perlulah betul. Sains berkonsepkan tauhid melahirkan metodologi atau pendekatan yang mengambil kira syariat. Kepatuhan kepada syariat tidak menghalang kreativiti dan inovasi kerana kebebasan untuk mengkaji telah pun diberikan Islam berdasarkan sabda nabi yang bermaksud, “Kamu lebih tahu tentang urusan duniamu.” Yang dituntut ialah kepatuhan kepada prinsip-prinsip syariat yang akan mencantikkan sains. Sebagai contoh syariat mengutamakan nyawa manusia. Justeru kajian sains dan teknologi yang terhasil daripadanya tidak boleh digunakan untuk memusnahkan nyawa. Syariat juga melarang kemudaratan dilakukan berdasarkan sabda nabi yang bermaksud, “Tidak boleh melakukan kemudaratan dan tidak boleh membalas dengan kemudaratan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Malik, Al-Hakim, Baihaqi dan Ibn Majah.
Islam juga menekankan tentang akhlak. Antara akhlak yang wajib dihayati ialah sikap bertanggungjawab ataupun amanah. Amanah ini melibatkan individu, alam sekitar dan masyarakat secara amnya. Lihatlah apa yang berlaku pada hari ini apabila sains dan teknologi terbabas daripada nilai-nilai amanah dan agama. Sebagai contoh, bidang bioteknologi telah melahirkan satu konsep baru yang dikenali sebagai kejuruteraan genetik (genetic engineering). Teknologi ini mampu memindahkan bahan genetik yang bernama DNA dari satu spesies ke spesies yang lain. Walau bagaimanapun untuk berjaya, proses ini memerlukan bantuan virus tertentu agar DNA daripada spesies yang berbeza dapat mengenali antara satu sama lain. Penggunaan kuman-kuman virus ini akhirnya menyebabkan kelahiran pelbagai kuman serta penyakit baru yang mampu membunuh manusia. Mengikut Dr Mae-Wan Ho, pengarah Bioelectrodynamics Laboratory di Open University, United Kingdom, kejuruteraan genetik telah menyebabkan wabak kolera menyerang India pada tahun 1992, wabak kuman streptococcus di Tayside pada tahun 1993 dan wabak kuman E. Coli 157 di Scotland.
Justeru, kepatuhan kepada syariat adalah penting agar sains tidak terbabas daripada landasan kebenaran dan kesejahteraan.
Hasil Nukilan :Dr. Danial Zainal Abidin
dzcsyifa@streamyx.com
http://danialzainalabidin.com









September 10th, 2007 at 10:20 am
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Mohon keterangan Dr.daniel, mengapa umat Kristian mendakwa bersungguh-sungguh dengan sepenuh hati bahawa Teknologi Sains dalam Al-Quran adalah ketinggalan.
Ini kerana maklumat-maklumat Sains yang terdapat dalam Al-Quran, seperti embriologi, airmani, penciptaan alam semesta sudah diketengahkan oleh Pakar-Pakar dunia sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw. Maksud saya seperti Aristotle, Plato dan banyak lagi yang mereka kemukakan.
Bagaimanakah reaksi kita sebagai umat Islam dalam menghadapi keterangan sebegini, apakah maklumat atau kefahaman yang perlu umat Islam ambil tahu dan apa yang perlu kita sebagai umat memberi keterangan lanjut terhadap mereka.
Jelas sekali mereka merendah-rendahkan Nabi Muhammad saw, yang saya sendiri langsung sakit hati dan tak boleh terima kritikan sebegitu.
Mohon nasihat dan teguran dari Dr.Daniel berkenaan isu ini.
September 13th, 2007 at 1:08 pm
Assalamualaikum wbt
Terima Kasih atas nasihat Dr.daniel, Di Malaysia buku-buku yang Dr.Daniel tulis adalah paling saya minati, kalau di luar negara saya paling gemar baca buku tulisan Harun Yahya.
Sebelum saya membaca buku Dr, saya meng9kuti dan koleksi apa-apa saja buku yang di tulis oleh Harun Yahya, kerana dia membuka lembaran Al-Quran dan memperlihatkan Teknologi Al-Quran adalah Teknologi Moden malah mendahului kita.
Kemudian, saya tertanya-tanya mengapa di Malaysia tiada guru-guru Islam mengupas isu seperti Harun Yahya! akhirnya saya jumpa buku Dr.daniel di Shopping Complex Kota Kinabalu.
Pertama saya tak nak beli buku Dr..setengah jam saya baca buku tulisan Dr..betul-betul menghiburkan, saya pasti di Malaysia umumnya akan berubah pandangan terhadap Islam.
Tapi budaya membaca di Malaysia ni agak kurang, di Sabah saudara-saudara Muslim tidak suka membaca buku-buku agama dan mereka kurang yakin dengan isi buku.
Tapi bila cerita tentang ilmu hitam, mereka lebih percaya dan yakin pada bomoh bahawa ilmu yang dimilikinya adalah ilmu dari Allah. Saya agak pelik saudara-saudara Islam sebegini, tanpa usul periksa.
Ada dari kalangan kawan-kawan Muslim percaya Bomoh yang memiliki Jin dan yakin pula dia Jin ikutan Bomoh tu Islam. Pada saya sedangkan umat Islam yang dpt dilihat dgn mata kasar pun susah untuk dipercaya, ini kan pula yang ghaib. wallahu’alam.
Saya pasti akan koleksi semua buku Dr.Daniel dan berkongsi dengan saudara-saudara Muslim yang lain dan yang utama untuk diri saya sendiri (manfaat)
wassalam
September 26th, 2007 at 5:40 am
Types Of Computer Viruses…
I couldn’t understand some parts of this article, but it sounds interesting…
October 2nd, 2007 at 10:40 am
Salam. Terima kasih putera kerana sudi membaca buku-buku saya. Golongan bukan Islam mengatakan kenyataan Quran tidak saintifik kerana mereka memahaminya berpandukan terjemahan. Sebagai contoh, berhubung kejadian insan, Quran menyebutkan fasa-fasa itu dalam bentuk nutfah, alaqah dan mudghah. Mereka mengatakan alaqah ialah ’seketul darah’ sedangkan alaqah juga membawa maksud ’sesuatu yg melekat seumpama lintah.’ Dan ini lebih relevan untuk dikaitkan dengan alaqah dan ianya jelas saintifik.
Tambahan daripada itu, ramai saintis Barat kontemporari sendiri yg kagum dengan Quran kerana kenyataan-kenyataannya baru difahami, contoh Dr Maurice Bucaille dari
Perancis. Sebahagian mereka telah memeluk Islam seperti Dr Gary Miller, Prof
Jeffrey Lang dan Prof. Tejatat Tejasen. Tidakkah ini menunjukkan Quran tidak meniru pemikir terdahulu? Semoga bermanfaat.
Dr Danial
November 12th, 2007 at 10:50 pm
Assalamualaikum wbt
Tahniah Dr. Zainal kerana berjaya menghuraikn beberape kumusykilan ilmu yg terbuku dalam minda rakyat Malaysia tmsuk diri saya. Sy mula berjinak dgn buku2 Dr. selepas membaca buku2 Harun Yahya.Berkenaan dengan pendedahan bukti2 sains islam, memang diakui ciptaan Allah itu mempunyai seribu hikmah dan keajaiban, dan ilmu2 Allah ini diserapkn dalam Al-Quran dan beruntunglah bg golongan Ulul Albab yg mengkaji alam berteraskn Al-Quran…
Namun di Malaysia..masih ramai yg mengamalkn atau terikut2 dgn pantang-larang dan adat yg diwariskan drpd nenek moyang tanpa berhujahkn bukti yg nyata..namun jika ditanya..ibu bapa cenderung berkata “dah nenek cakap macam tu..kite buat jelah Nak..” sikap ini jelas kurang enak dan tidak melahirkan generasi yg cerdas…tp ada juga pihak2 yg cuba memberikan hujah sbg contoh, kate orang tua2..jgn memotong kuku di waktu malam..tak bagus. Ada pihak di zaman moden mengatakan zaman dulu tiada lampu..tu yang nenek2 tak kasi potong kuku di waktu malam…namun ade juga pihak yg cube mengutarakn penjelasan yg agak saintifik..katanya..jika potong kuku di waktu malam..nanti masa tidur..risau kuku yg dipotong tidak rata boleh mencederakan tubuh badan..yelah..kan ramai yg tidur menggaru2!
Jadi saya cadangkan…sejajar dengan penghuraian sains islam..mungkin Dr. boleh mengkaji dan mungkin menulis sebuah buku yg menghuraikan pantang-larang yg masih diguna sehingga sekarang supaya kita semua mampu memahaminya secara saintifik dan berteraskn Al-Quran.Dengan itu,jika ada pantang larang yg selari dengan ajaran islam..kita masih boleh mengamalkannya..tetapi dgn keyakinan yg jitu tanpa was-was.Dan jika ianya bertentangan ng ajaran islam..kita boleh menolak secara berhikmah dan tegas.
November 13th, 2007 at 8:20 am
Salam. Terima kasih dengan cadangan Shafeeq, iaitu, “Jadi saya cadangkan…sejajar dengan penghuraian sains islam..mungkin Dr. boleh mengkaji dan mungkin menulis sebuah buku yg menghuraikan pantang-larang yg masih diguna sehingga sekarang supaya kita semua mampu memahaminya secara saintifik dan berteraskn Al-Quran.Dengan itu,jika ada pantang larang yg selari dengan ajaran islam..kita masih boleh mengamalkannya..tetapi dgn keyakinan yg jitu tanpa was-was.Dan jika ianya bertentangan ng ajaran islam..kita boleh menolak secara berhikmah dan tegas”.
Buat masa ini cadangan Shafeeq tidak dapat saya tunaikan, maaf. Ia disebabkan fokus penulisan saya ialah untuk menampakkan keagungan Quran, Sunnah dan Islam. Cuma fakta-fakta dalam penulisan saya bolehlah dikiaskan atau di aplikasi dalam aspek yg lain termasuk yg berkaitan dengan pantang larang bangsa Melayu. Namun dalam aspek yg jelas bercanggah dengan akidah, itu akan saya sentuh sebab ia berkaitan dengan prinsip agama. Terima kasih.
Dr Danial
February 10th, 2008 at 3:17 pm
Salam….dr.,saya bru shj melihat blog dr…saya masih da yg x phm mengenai lslam libreal….like astora jabat… n also mengenai artikel fr drAsri-Mufti perlis…
saya ingin cerita2 pendek yang da kaitan dgn islam yg bleh sedarkan org ramai la.. tq….
February 28th, 2008 at 10:37 am
Salam. Islam Liberal secara ringkasnya ialah golongan yang mentafsirkan Islam dengan semata-mata menggunakan logik akal. Sedangkan syariat mempunyai metodologinya yang tersendiri. Penggunaan akal semata-mata menyebabkan kita mengatakan arak boleh diminum jika sedikit, azab kubur tidak ada dan sebagainya. Golongan ini melanggar metodologi yg diasaskan oleh sahabat-sahabat nabi dan ulama salaf.
July 19th, 2008 at 10:48 am
salam dr..sy merupakan salah seorg peminta tulisan dr..sy nka tya blh dr jelaskan kajian mengenai hukum hudud dan kaitannya dngHIV?
August 16th, 2008 at 9:39 pm
salam. sy sgt brminat dgn blog Dr. danial kerana pandangan dan kupasan sgt menarik dan jelas..tahniah saya ucapkan kepada Dr.
February 10th, 2009 at 11:27 pm
Assalamualaikum.Saya mula mendengar kuliah Dr pada tahun 1994.Apa yang saya faham waktu itu adalah kisah kejayaan Dr sahaja.selepas itu saya tidak lagi mendengar dan mencari Ilmu Dr.Pada tahun 2009 setelah saya sambung belajar barulah saya terjumpa semula ilmu Dr yang mana setanding dengan Harun Yahya.Banyak fakta-fakta penulisan Dr saya ambil untuk ditambah dalam assigment saya.Saya mohon izin Dr.Saya berdoa agar Allah terus memberi ilham berkarya kepada Dr serta panjang umur dan dirahmati Allah atas sumbangan Dr ke arah kecemerlangan umat Islam.Amin
February 17th, 2009 at 3:14 pm
salam dr…
boleh terangkan kaitan antara al quran dan sains moden tentang virus dan kuman.
March 31st, 2009 at 9:02 am
Salam. Sains adalah alat bukan matlamat. Sains boleh berubah tetapi wahyu tidak berubah. Namun sains boleh dimanfaatkan utk membantu kefahaman ayat-ayat tertentu. Ini antara perkara penting yg perlu diketahui apabila berbicara ttg sains dan al-Quran. Untuk itu kitab tafsir yg sah lagi diiktiraf perlu digunakan ke arah tujuan itu. saya cadangkan sila manfaatkan kitab “Tafsir al-Azhar” oleh Hamka. Boleh juga membaca buku saya Quran Saintifik.
DD