DIARI DR DANIAL 11-12 FEB
Isnin 11 Feb, 2008: Aku berasa sedih kerana seorang yang aku kenali disyaki mengalami kerosakan buah pinggang kesan dari penyakit kencing manisnya yang tidak terkawal… Aku ingin berpesan, jauhilah dari mengambil karbohidrat (seperti gula, nasi, mi, bihun, laksa, roti canai dan seumpamanya) secara berlebihan. Sebaliknya lebihkan pengambilan sayur-sayuran dalam menu harian…. Mengikut perangkaan, pesakit kencing manis di Malaysia berjumlah lebih kurang 1.2 juta. 10% daripadanya akhirnya mengalami komplikasi dalam bentuk kerosakan buah pinggang. 14th Report of the Malaysian Dialysis and Transplant Registry 2006 pula melaporkan, 2,500 kes-kes baru kerosakan buah pinggang dikesan setiap tahun di Malaysia dan 57% daripadanya berpunca daripada penyakit kencing manis. Justeru awasilah pemakanan dan gaya hidup kita…
Selasa 12 Feb, 2008: Aku menerima panggilan telefon dari seorang ibu di Pantai Timur. Beliau meminta nasihat berhubung anak beliau yang cacat dalam kandungan. Beliau sedang mengandung 5 bulan. Anak itu hidup cuma cacat… Aku meminta beliau bersabar dan meminta agar beliau merujuk kepada Mufti. Beliau enggan merujuk kepada Mufti dan meminta aku sendiri memberikan pandanganku.. Aku merujuk kepada Perhimpunan Fikah Islam (Majma’ Al-Fiqh Al-Islami) yang diadakan di Mekah Al-Mukarramah dari 10-17 Februari 1990. Antara ketetapan yang telah dibuat ialah, “Apabila (sesuatu kandungan telah hidup) pengguguran tidak harus dilakukan walaupun bayi itu cacat, melainkan di dalam keadaan kecemasan untuk menyelamatkan nyawa ibu sahaja..” Beliau akur dengan pandangan itu, alhamdulillah… Kepada Allah aku mengadu…..
Hasil Nukilan :Dr. Danial Zainal Abidin
dzcsyifa@streamyx.com
http://danialzainalabidin.com
Artikel Lain Dalam Kategori Minda Dr. Danial
- TAZKIRAH NUZUL QURAN - September 16th, 2008
- TUDUHAN LIWAT - July 1st, 2008
- DIARI DR DANIAL 22-23 FEB - February 24th, 2008
- PENGALAMAN DI TV9 - December 19th, 2007
- MENGAPA AKU MENULIS? - November 23rd, 2007















