PENGALAMAN DI TV9
Minggu lepas dari 13 hingga 16 Disember 2007, tiba-tiba aku di datangi aktiviti yang tidak dirancang. Pada asalnya aku sudah kesibukan untuk memantau ibu yang mengalami sakit paru-paru menyebabkan beliau terpaksa berada di ICU selama 10 hari. Pada hari Khamis (13 Disember) aku mendapat panggilan telefon daripada Perpustakaan Negara mengatakan buku Quran Saintifik di pilih untuk diedarkan kpd Perpustakaan Desa di seluruh negara dan aku perlu datang ke KL pada keesokan harinya untuk menandatangani LO (Local Order). Terkejut aku dibuatnya.
Mengapa kelam kabut sangat mereka ini? Namun aku terus menempah tiket dan bertolak ke KL pada 14 Disember selepas subuh. Selepas itu terus bertolak balik dan setibanya di P Pinang sempat bersolat Jumaat di Masjid Sg Tiram berdekatan dengan Lapangan Terbang Bayan Lepas. Selepas itu terus membuat urusan agar ibu dipindahkan daripada Hospital Lam Wah EE ke Hospital besar P Pinang selepas mendapat lampu hijau daripada Dr Irfan dari unit Dada HBPP.
Kemudian bersiap sedia untuk bertolak ke Kota Bharu pula bagi menyampaikan ceramah berkaitan Quran dan Sains di Konvensyen Kebangsaan Penghayatan Al-Quran sempena Pameran Mukjizat Al-Quran 2007 pada hari Sabtu 15 Disember, 2007.
Dalam kesibukan itu tiba-tiba aku mendapat panggilan dari TV9 mengatakan aku dijemput menjadi ahli panel bagi rancangan Halaqah pada hari Ahad 16 Disember bersama-sama dengan Ustaz Badli Shah dan dipengerusikan oleh Ust Ahmad Syukri. Tajuknya ialah “Dari Bumi ke Angkasa”. Memandangkan tajuknya selari dengan fokusku selama ini aku menerimanya selepas meminta nasihat daripada adik-beradik dan keluarga kerana ketika itu ibu masih berada di Hospital. Selesai berkonvensyen di KB, aku bertolak balik ke Pulau Pinang pada pagi Ahad 16 Disember 2007.
Setiba di P Pinang aku bersiap untuk menziarahi ibu dan kemudian tepat jam 3.00 petang aku menyampaikan kelas Tafsir seperti mana biasa di Gelanggang Budaya Batu Uban. Kelas ini amat aku sayangi dan aku tidak akan membatalkannya tanpa sebab-sebab kecemasan. Allah mengizinkan aku mengendalikan kelas ini sejak tahun 1984 lagi. Ia bermula dengan pentafsiran surah Fatihah dan sekarang sudah memasuki surah al-Fatah. Keletihan dan sedikit kesibukan bukannya alasan untuk membatalkan kelas ini. Ia amal jariahku. Tepat jam 4.15 petang aku menamatkan kelas tafsir dan terus bertolak menuju ke Bayan Lepas kerana penerbanganku dijadualkan pada jam 5.10 petang.
Dalam perjalanan aku membelek-belek soalan yang bakal diutarakan oleh Ust Ahmad Syukri dalam slot Halaqah nanti. Memandangkan aku amat kesuntukan masa aku perlu bergantung kepada apa yang telah melekat di dalam otakku… Alhamdulillah, di studio Puan Rozi memaklumkan kepadaku tentang prosedur yang bakal dilalui ketika rancangan sedang berjalan. Ketika itu, aku ditemani dua orang rakanku, iaitu, Encik Anuar, rakan sekampungku dari Sungai Ara P Pinang, dan encik Ikram, dari PTS Millennia Sdn Bhd. Memandangkan ia siaran langsung semuanya perlu diatur dengan baik. Syukur, semuanya berjalan dengan baik dan sistematik tanpa banyak masalah.
Antara soalan yang menarik perhatianku ialah yang berkaitan aeronautik, iaitu kajian tentang aspek-aspek penerbangan, dan yang berkaitan dengan astrologi. Berhubung dengan aeronautik, aku menceritakan tentang tokoh Islam yang bernama Abbas ibn Firnas, yang hidup pada abad ke-9 di bumi Andalus (Spain). John H. Lienhard dalam bukunya The Engines of Our Ingenuity mengatakan beliau orang pertamamencipta payung terjun (a primitive version of the parachute). Tidak berapa lama selepas itu beliau mencipta peluncur atau glider dan inilah peluncur yang pertama dicipta manusia. Maklumat tentang penciptaan alat penerbangan ini (Firnas’ flying machines) akhirnya tersebar ke seluruh Eropah.
Philip Hitti dalam bukunya History of the Arabs telah berkata, “Ibn Firnas was the first man in history to make a scientific attempt at flying”. Ia bermaksud Ibn Firnas merupakan orang yang pertama dalam sejarah yang membuat percubaan untuk terbang dengan menggunakan pendekatan saintifik. Kemudian aku ditanya tentang astrologi……………………….. BERSAMBUNG
Hasil Nukilan :Dr. Danial Zainal Abidin
dzcsyifa@streamyx.com
http://danialzainalabidin.com
Artikel Lain Dalam Kategori Minda Dr. Danial
- TAZKIRAH NUZUL QURAN - September 16th, 2008
- TUDUHAN LIWAT - July 1st, 2008
- DIARI DR DANIAL 22-23 FEB - February 24th, 2008
- DIARI DR DANIAL 11-12 FEB - February 15th, 2008
- MENGAPA AKU MENULIS? - November 23rd, 2007









January 30th, 2008 at 2:21 pm
Assalamualaikum Dr, boleh tak sambung lagi cerita ni, seronok pula membaca artikel Dr ni. Lagi Dr menggunakan kata gantinama “aku” membuatkan saya terasa Dr. seperti penulis novel pula.
Apapun saya amat menantikan kalau-kalau ada lagi siaran secara langsung yang melibatkan Dr. Saya sangat tertarik isu saintifik Quran seperti yang di kupas oleh Da’i dari Turki iaitu Harun Yahya (Adnan Oktar) yang dengan Buku Tulisannya menggemparkan ilmu pengetahuan seluruh dunia terutama di Eropah sehingga karya terkini beliau berjudul “Atlas Penciptaan” menjadi isu besar di Parlimen Eropah, dalam menangani isu Darwinisme, Freemason, dan segala-gala yang boleh beliau kongsikan terhadap dunia.
Saya sebagai umat Islam amat tersentuh dengan apa yang Dr.sampaikan walaupun dalam buku yang setebal kira-kira 200 muka surat. Mudah di fahami, sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Dr. saya hanya nak mencadang, mengapa Dr. tak buka satu slot rancangan di syarikat TV Malaysia? saya rasa Dr. patut mendapat tempat kerana isu saintifik Quran perlu lebih meluas di TV brebanding siaran yang tdk mendatangkan manfaat kepada awam seperti “Kartun”.
Pada saya kartun di siaran TV malaysia patut diurangkan. Adalah barang mustahil 30 minit bersama Dr.Danial tak boleh diberikan demi kepentingan masyarakat Islam, khususnya Malaysia.
Saya memohon maaf jika ada kata-kata saya yang terlebih dari had saya. Semoga Allah swt terus memberi kekuatan pada Dr. dalam membantu minda masyarakat untuk terus berkembang.
wassalam