Ruangan Soal Jawab Dr. Danial Diwujudkan
Berdasarkan maklum balas yang baik daripada para pelawat dan persoalan yang bertalu-talu di ruangan Mesej Ringkas. Sehubungan dengan itu pihak pentadbiran laman menyediakan ruangan SOAL JAWAB DR. DANIAL di navigasi atas bagi memudahkan para pelawat bertanyakan soalan. Di samping itu juga ia memudahkan pihak pengurusan laman dan Dr. Danial menjawab persoalan yang diberikan.
Mulai daripada sekarang, sebarang persoalan boleh dibuat di ruangan yang disediakan. Semoga ia memberikan keselesaan kepada semua. Terima kasih.
Hasil Nukilan :Admin DanialZainalAbidin.com
tauke@e-kedai.net
http://www.e-kedai.net
Artikel Lain Dalam Kategori Pengumuman
- Minda Muslim Super Sudah Terbit! Dapatkan di e-Kedai.net - February 25th, 2008
- PELANCARAN LAMAN WEB DANIAL ZAINAL CONSULTANCY (DR DANIAL) - February 13th, 2008
- Buku 7 Formula Individu Cemerlang Versi Indonesia - November 19th, 2007
















November 5th, 2007 at 2:02 pm
Assalamu’alaikum Dr,
Saya nak dapatkan pandangan Dr berkenaan dengan firman Allah di dalam surah Al-Hujurat, ayat 13:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”
Kebanyakkan wanita-wanita atau lelaki-lelaki yang lambat jodoh mempunyai masalah “kurang kenalan”. Mereka bekerja siang dan malam dan apabila keluarga bertanyakan soal kahwin, mereka mengeluh tiada siapa yang sudi.
Justeru, bolehkah dengan menggunakan dalil ayat ini, kita menyuruh mereka bersosial, bermasyarakat untuk menambahkan kenalan dengan syarat sentiasa bertaqwa seperti yang diberi oleh Allah pada pertengahan ayat? Apa pula pandangan As-Sheikh Said Hawwa dalam tafsiran ayat ini?
Sekian, terima kasih kerana masa Dr.
November 12th, 2007 at 9:47 am
Secara dasarnya ayat ini tidak diturunkan untuk merancakkan suasana
bersosial khususnya antara lelaki dan perempuan. Sebaliknya ia diturunkan
untuk menjelaskan satu perkara dasar tentang Islam, iaitu, “(Allah
menjadikan kamu lelaki dan perempuan dan kemudian kamu menjadi
berbangsa-bangsa dan bersuku puak) agar kamu saling mengenali antara satu
dengan lain. Dengan itu kamu akan menghubungkan tali persaudaraan dan juga
dengan itu kamu lebih jelas tentang keturunan dan nasabmu. Tetapi kamu tidak
diizinkan untuk berbangga-bangga dengan keturunan dan kabilah”. Hal ini
dinyatakan oleh Imam al-Alusi dan dinukilkan oleh Said Hawa dalam al-Asas
fit Tafsir. Imam Ibn Kathir menambah dalam Tafsir al-Quran al-Azim, “(Allah
mengingatkan kamu) bahawa kemuliaan kamu adalah berdasarkan takwa dan
bukannya berdasarkan keturunan”.
Justeru ayat ini memfokus tentang kepentingan manusia dengan kepelbagaiannya
hidup dengan aman dengan saling mengenali dan memahami antara satu sama
lain. Ia juga menjelaskan tentang neraca kemuliaan yang tidak sepatutnya
diletakkan di atas dasar keturunan, warna kulit, kebangsawanan, kejantinaan
dan yang seumpamanya.
Berhubung dengan “wanita-wanita atau lelaki-lelaki yang lambat jodoh” ia
adalah isu lain. Masalah kurang kenalan mungkin bukannya faktor yang
penting. Lihatlah masyarakat terdahulu. Kaum wanitanya memang tidak bergaul
bebas dan tidak bersosial, tetapi jodohnya tetap ada. Banyak mekanisme yang
terancang lagi baik boleh diwujudkan berhubung dengan perkara jodoh ini.
Terima kasih.
Yang Benar,
Dr. Danial
November 12th, 2007 at 12:16 pm
Terima kasih kepada masa dan jawapan dr.
November 12th, 2007 at 1:30 pm
Assalamualaikum Dr.Danial dan buat saudara-saudara sekalian.
Boleh tak Dr. kongsi kepada saya dan mungkin kepada siapa saja yang ingin mendengar.
Saya nak tahu tentang isu politik dalam Islam, sekarang ni di negara kita sendiri ada bermacam-macam agenda tentang politik. Setiap parti juga memperjuangkan Islam. Apakah saranan Nabi Muhammad saw kepada kita umat Islam berkenaan isu politik sebegini. Kedengaran juga parti-parti politik negara kita ada yang memperjuangkan dengan jujur dan ada juga yang asyik menjaga kelemahan orang lain sahaja.
Sabagai umat Islam saya juga dan semua rakyat berhak memilih pemerintah negara, namun kadangkala pilihan yang ada agak mengelirukan masyarakat, sebagai umat apakah landasan utama dalam memilih pemerintah negara. Lagi saya ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan Demokrasi dalam pemerintahan negara dan apa pula yang dimaksudkan Sekular dalam pemerintahan sesebuah negara. Lagi apa pula yang dikatakan Nabi saw tentang semua ini baik berlandaskan Al-Quran mahupun sunnah nabi (Hadith).
Mohon Dr. memberi sedikit pandangan demi keharmonian umat, mungkin keterangan Dr. serba sedikit dapat membuka minda masyarakat.
Wassalam
December 28th, 2007 at 2:46 pm
Assalamualaikum Y.Bhg Ustaz…
soalan pertama,
Ustaz, saya ada sedikit kemushkilan mengenai anak. mcm mana caranya untuk mendapat anak yang soleh dan sihat tubuh badannya.adakah ianya ada kaitan dengan adab ketika melakukan sex.sy ada terbaca kalau kita melakukan sex pada hari2 yg selain malam2 sunat maka anak yg kita dapat nanti akan jadi sekian2.kalau kita berada pada posisi bawah isteri diatas anak akan jd sekian2.mcm2 lah yang sy baca.sy jadi takutlah ustaz.sy sentiasa berdoa selepas solat agar dikurniakan anak yang soleh dan sihat.sekarang isteri sy mengandung nak masuk 2 bulan.mengenai posisi yang sy nyatakan itu mmg sy ada buat dan buat juga bukan pada malam2 sunat.
soalan kedua
ustaz,apakah makanan dan minuman yang sesuai untuk ibu mengandung,kalau anak lelaki sebaiknya letak nama muhammad tapi kalau letak nama ahmad boleh tak ustaz.
January 1st, 2008 at 9:10 am
Salam. Tidak ada masalah dalam agama jika dilakukan seks pada malam yg bukan malam sunat. Juga tidak ada kaitan antara kedudukan ketika melakukan seks dengan kesialan anak-anak. Yang penting jangan melalukan seks masa dan cara yang haram sebagai contoh bersetubuh waktu haram, memsuki saluran haram.
Ibu mengandung perlukan makanan yg seimbang. jangan lupa memakan virtamin yg diberikan doktor. Anak tidak gemuk dengannya. TK.
January 30th, 2008 at 12:31 pm
Assalamualaikum dr, Mcm mn nak berdakwah pada rakan-rakan yang liat nak solat. Dan mcm mn nak maintain kn diri sendiri spy seniasa berjemaah. Ni rakan rapat punyer, satu rumah lagi. Tp mahsiswa la kononnyer, ..’aku dah ada result gempak, wat pe nak jg solat sgt’ mcm mn ni dr.
February 1st, 2008 at 7:41 am
Salam. Era ini memang merupakan era yang mencabar. Kealpaan, kelalaian dan kefasikan menyerang manusia persis badai… Namun dakwah perlu terus berjalan. Kecewa dan putus asa perlu dijauhi… Dekatilah rakan-rakan itu dengan akhlak yg baik. Tunjukkan contoh yg baik dengan bersolat. Jangan lupa utk mengajak mereka secara lembut. Ajakan ini jangan bertukar menjadi leteran, cemuhan atau seumpamanya. Ketika berperanan jangan lupa bahawa kita bukan Pemberi Petunjuk.
Dr Danial
February 22nd, 2008 at 3:22 pm
assalamulalaikum….
saya ingin meminta jasa baik dr. Danial untuk mengirimkan artikel - artikel yang berkaitan dengan al-quran dan sains kepada saya…di samping dapat meningkatkan keyakinan dan i’tiqad kepada Allah, dapat juga saya menyebarkannya sebagai salah satu uslub dakwah bagi muslim dan bukan muslim..jasa baik pihak dr. saya dahului dengan ucapan jazakallahu khairan kathira……..
February 28th, 2008 at 10:42 am
Salam. Sila manfaatkan buku Quran Saintifik yg baru diterbitkan. Insya-Allah ia dapat membantu.
Dr Danial
March 8th, 2008 at 12:00 pm
salam.Dr saya nak tahu macam mana nak mengalahkan nafsu.saya melihat nafsu @diri saya sendiri merupakan halangan terbesar bagi diri saya.Apabila saya buat satu maksiat,diri saya rasa lemah ,nak berdakwah kat kawan pun jadi tak mampu.Bila saya agak lama tinggalkan maksiat saya akan semangat kembali ,nak amal makruf pun semangat,belajar pun semangat,namun itu tak akan kekal lama.tiba-tiba saya buat maksiat balik ,saya jadi lemah balik.saya buntu!!kalau saya bersama kawan saya dapat menjaga diri,bila dok sorang@mula la benda tak baik mai duk masuk dalam kepala (ini menunjkkan iman saya lemah).Kdang-kadang saya check niat saya ikhlas @ tak.saya x tahu nak cakap macam mana.saya orang muda mudah ikut dengan dunia hari ini,maca mana nak jaga diri???Dunia bah banyak paut hati saya,hngga saya lesu dibuai mimpi yang sementara.nak minta dr tolong nasihatkan…
March 24th, 2008 at 9:07 pm
Assalamualaikum dr…Saya berminat menulis artikel ttg. Islam. Saya berpendidikan agama dlm jurusan usuluddin. Dan saya turut berminat utk menghasilkan artikel mengenai quran saintifik. Apakah saya layak utk menulis? Dan apakah perkara yang perlu saya tekankan atau kuasai seblm saya menuls. Saya takut pendapat saya tersasar. Terima kasih.
March 27th, 2008 at 9:17 am
Salam. Untuk orang muda, nafsu tidak dapat dipisahkan drpd manusia. Yang perlu dilakukan ialah mengawal nafsu bukan membuang nafsu. Dalam Quran dinyatakan 3 jenis nafus, pertama ;Ammaarah (yg mengajak manusia kpd kekejian), kedua lawwaamah (yg mengkritik dirinya ketika terbabas), dan ketiga muthmainnah (yang tenang damai).
Jiwa perlukan makanan berkala dan berterusan sebagaimana jasad perlukan makanan berkala dan berterusan. Antara yang bolah dilakukan ialah:
1- Kurangkan makan dan minum.
2- Mendekati dan berkawan dengan rakan-rakan yg baik.
3- Menghadiri majlis ilmu.
4- Beribadah secara rutin dan bukan sekali sekala.
5- Libat dan sibukkan diri dengan kebajikan.
6- Zikir hati selalu.
March 27th, 2008 at 9:21 am
Salam. Untuk adibah, apabila anda berminat untuk menulis anda sememangnya anda mempunyai asas untuk menjadi seorang penulis. Anda boleh tajamkan kemahiran anda dengan menghadiri kursus-kursus penulisan antaranya yg dianjur oleh PTS Publication. Sila ke laman ini utk perincian: http://pts.com.my/
T kasih.
April 9th, 2008 at 10:46 pm
assalamualaikum dr…
sy ingin bertanya sesuatu yg menganggu diri saya..kkdg2 sy xkenal diri sy..ada suatu ketika sy ddatangi perasaan pelik yg mendorong sy melakukan sesuatu g negatif.contoh benci dngn org skeliling tak tentu pasal, nk merosakkan ssuatu or kkdg2 sampai nk mencederakan org lain or diri sy sdiri.. sy x pasti sama ada perasaan yg muncul dlm diri sy normal @ tidak.namun sy masih blh control diri sy..perasaan 2 hadir x tentu masa… waktu sy ketawa, study, or bbual ngn kawan.. sy runsing..adakah perasaan ini bg org tdk normal or sume org rasa..kkdg perasaan ni menganggu sy dgn mmpersoalkan keesaan_Nya..sy kkdg2 menangis krn unt menahan kehadiran perasaan itu krn sy khuatir akan mengikut apa yg diperkatakan melalui peraaan sy tu.. sy dpt rasa perasaan tu dari sy darjah 5 sehingga sekarang…tp kehadirannya hanyalah untuk 5-10 minit shj…
sy btl2 keliru
April 24th, 2008 at 9:49 am
Salam. Untuk insan lemah, kita semua ada kelemahan tersendiri. Yang penting ialah kita memperbaiki diri dari masa ke semasa. Sesuatu yg baik ttg insan lemah ialah, anda mengetahui masa dan ketika anda diserang perasaan negatif. Itu adalah penting. Ia berbeza dengan tindakan ganas yg dilakukan tanpa disedari. Justeru ketika perasaan jahat / negatif menyerang pergi ketempat yg tenang, berzikir, berdoa atau sibukkan diri dgn sesuatu yg baik, insya-Allah, ia akan membantu diri. Saya juga ingin mencadangkan anda bertemu pakar psikologi atau psikiatri untuk bantuan secara lebih profesional. Anda sebenarnya normal cuma teruji sedikit. T Kasih.
May 3rd, 2008 at 8:57 pm
assalammualaikum dr..
Salam perkenalan. Saya amat mengagumi dr. terutamanya memori dr yang sangat hebat dalam mengingati fakta-fakta. Bagaimana dr. lakukan?
Kadangkala saya amat sedih kerana tidak dapat melanjutkan pelajaran di dalam bidang Sains. Sains membuatkan kita lebih dekat dengan pencipta.
June 5th, 2008 at 5:37 pm
Salam Dr Danial. Macam mana kita nak identify characteristic diri sama ada kita lebih cenderung menggunakan otak kanan atau otak kiri? Ia akan lebih mudah dalam pemilihan kerjaya mahupun cara untuk bersosial. Mohon pandangan dan nasihat Doktor. Terima kasih.
June 9th, 2008 at 9:46 am
Terima kasih Husna. Otak kita semuannya lebih kurang sama. Kita dikurniakan 100 bilion sel-sel otak. Untuk mengingati sesuatu saya tidak mempunyai formula magis. Sebaliknya sekadar menghayati beberapa perkara yg semua kita sudah mengetahuinya sebenarnya. Pertama: Jauhi maksiat. Hati / minda menjadi gelap dengannya. Kedua: Jangan abaikan ibadah wajib. Kemudian banyakkan zikir. Ketiga: Tanamkan minat yg mendalam terhadap ilmu. Minat memudahkan urusan. Keempat: Ulangi dan ulangi seperti surah Fatihah yang kita ulang ulangi. Kelima: Kuasai teknik menguatkan memori. Buku-buku semasa boleh membantu.
June 11th, 2008 at 1:40 pm
Dr. Danial,
Setelah membaca buku Minda Muslim Super, barulah saya sedar bahawa kedatangan dajal bukan semata-mata kewujudan makhluk secara fizikal tetapi ia hadir dalam pelbagai bentuk i.e. sistem, teknologi dan golongan manusia (org kafir). Terima kasih Dr. kerana memberikan kami kesedaran ini.
June 11th, 2008 at 10:25 pm
assalamualaikum dr danial….
ana sungguh mengagumi dengan kehebatan dr dalam menyampaikan ceramah dan seumpamanya…..
ana nk tanyer satu soalan saje……
bagaimana dr membahagikan masa untuk mengkaji quran dan sebagainya…disamping dr danial merupakan seorang dr kerane dimaklumkan dr selalu sibok……??
yg kedil adam
June 12th, 2008 at 6:17 pm
assalamualikum dd
saya telah berniat puasa sunat pd malamnya, paginya pula saya telah berbuka puasa kerana rasa teruja dgn ajakan kawan 2 untuk sarapan bersama. perlukah saya ganti dan qada semula puasa tersebut? tk.
June 18th, 2008 at 4:22 pm
Salam Alayk…
Saya sangat memerlukan nasihat dan pandangan Dr. Sy & teman lelaki bercadang untuk mendirikan rumahtangga untuk mengelakkan dari berlakunya maksiat. Masalahnya, calon suami saya itu tidak dipersetujui oleh kedua orang tua sy, kerana beliau org jauh, dan bekerja sendiri. Sy yakin sy telah bertemu dengan calon suami yang sesuai, yang AGAMA adalah pegangan hidupnya. Untuk pengetahuan Dr, beliau adalah seorang Imam Masjid. Namun ibu sy tetap tidak bersetuju kerana beliau bekerja sendiri, bkn bekerja dgn kerajaan. Sy jd susah hati, kerana sy seboleh mungkin mahu kami segera menikah, bg mengelakkan maksiat. Tolonglah Dr, apa yg perlu sy lakukan untuk meyakinkan kedua orang tua sy. Sy xmahu menjadi anak derhaka…
June 25th, 2008 at 1:04 pm
assalamualaikum Dr.
Saya nak tanya 1 soalan.terlebih dlu saya nk ucp terima kr sudi mbaca masalah saya..saya dengan teman laki saya dlu prnh buat ringan2-maksiat kali pertama,pastu kami dah menyesal n taubat taknk buat lagi..
kami banyak diamkan dri n terutama dia krn.dia telah heret saya..
p saya nk dia btanggungjawab,dlu kami hbgn suka sama suka..
sekarang dia tgh ego..pe saya nak buat,kadang2 saya geram jgk
antar mssg nasihat kat dia..p dia tak turun2 ego..
n saya nk tanya, adakah kami seharusnya berkawin?
bagi mengelakkan maksiat..